Khamis, Mei 20, 2010

KALAU HATI DAH SAYANG

Kalau hati dah sayang, semuanya indah belaka
Kalau hati dah sayang, yang tak betul akan jadi betul
Kalau hati dah sayang, yang buruk nampak indah di mata
Kalau hati dah sayang, yang busuk pun boleh jadi wangi

Begitulah kalau hati dah sayang. Segala yang buruk tertutup, yang jelek terkambus, yang mungkar tersorok.

Kalau orang dah benci, buat 1000 kebaikan, akan nampak jahat kita juga.
Kalau orang dah benci, yang cantik akan nampak hodoh.
Kalau orang dah benci, yang betul akan nampak salah
Kalau orang dah benci, yang sempurna pun akan dicari cacatnya.

Begitulah kalau orang dah benci. Satu kesalahan akan melenyapkan 1000 kebaikan. Yang satu silap itu akan diungkit-ungkit dan disebut sepanjang hayat.Senario ini dapat kita lihat di mana-mana. Dalam organisasi, baik awam mahupun swasta. Dalam institusi keluarga seperti hubungan mertua – menantu, ipar – duai , cowok – cewek , apa lagi suami isteri. Natijahnya, semua orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.

Seelok-eloknya, kita carilah kebaikan orang walaupun kita tidak menyukai orangnya. Janganlah kita cepat melatah apabila ada yang menyampai-nyampai. Eloklah kita selidik dulu, tak mungkin tak ada sekelumit kebaikan yang boleh dipertimbang. JANGAN sampai kita membuat keputusan yang SALAH! Ada yang teraniaya!!!

NOTA: Doa orang yang teraniaya, lambat laun akan dimakbulkan Allah SWT, insya-Allah.
Doa dimakbul, itu tanda kita disayangi Allah SWT
Doa lambat dimakbul, itu tanda kita diuji Allah SWT, dan
Doa tidak dimakbul, sebenarnya ada hikmah Allah SWT!

2 ulasan:

Syuhada berkata...

hey! menarik entri kamu! nak kopi-pes ayat last tuh! :)

Tanpa Nama berkata...

doa yg dibaca atau ditulis kadang2 x sama dgn yg realiti
hakikatnya...
jgnla kita menganiaya org lain.........

Catat Ulasan